PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian bagi tempoh antara 2020 hingga akhir 2022.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memberitahu tindakan menyekat itu diambil berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kenyataan itu memaklumkan sejumlah 212,399 talian telefon termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar spam SMS meragukan seperti mempromosi judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain juga ditamatkan perkhidmatannya bermula 2020 sehingga 2022.
"Susulan gesaan sebuah persatuan pengguna agar platform perjudian dalam talian dikawal selia, MCMC ingin memaklumkan kami sentiasa komited dalam menyokong tindakan penguatkuasaan PDRM dalam usaha untuk membanteras kegiatan judi dalam talian yang tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).
Dalam hal ini, pihak PDRM menjalankan tindakan dan penguatkuasaan manakala MCMC pula berperanan dalam memberikan bantuan teknikal kepada PDRM termasuk pembekalan maklumat dan sekatan laman sesawang berunsur perjudian berdasarkan permohonan daripada PDRM," kata kenyataan itu.
Menurut MCMC, selain tindakan penguatkuasaan (pendakwaan atau sekatan), kesedaran diri, pendidikan serta kawalan kendiri adalah kunci dalam usaha membanteras perjudian dalam talian.
Katanya pengguna secara umum juga boleh memainkan peranan untuk turut sama dalam usaha menyekat aktiviti promosi judi dalam talian, antaranya dengan melaporkan kepada MCMC promosi iklan-iklan judi diterima melalui SMS supaya pembatalan talian dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
"Sekiranya pengguna menerima iklan judi melalui aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp dan media sosial seperti Facebook, laporkan nombor talian atau akaun media sosial tersebut kepada penyedia perkhidmatan aplikasi atau penyedia platform media sosial supaya nombor atau akaun tersebut tidak dapat menghantar iklan promosi judi dalam talian kepada pengguna lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
MCMC memberitahu tindakan menyekat itu diambil berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Gambar hiasan
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Polis buru lelaki edar kad judi dalam talian, pinjaman wang tanpa lesen di bazar Ramadan
Kegiatan tersebut tular menerusi rakaman yang dibuat di media sosial oleh salah seorang peniaga di bazar tersebut.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
Enam mengaku tidak bersalah promosi judi dalam talian
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pusat panggilan judi dalam talian dibongkar, polis tahan empat warga Nepal
Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan judi dalam talian di sebuah pusat panggilan yang mengaut keuntungan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
Judi dalam talian: 14 rakyat China, tiga lelaki tempatan ditahan - KP Imigresen
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dengan menahan 17 individu di sebuah premis di Jalan Kerinchi, Bangsar, di sini, semalam.
Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.
Indonesia sekat akses ke lebih 800,000 item kandungan perjudian dalam talian
Pencapaian itu adalah hasil tindakan menyekat kandungan perjudian dalam talian yang telah dijalankan Kominfo sejak lima tahun lalu.
Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara
Seramai 1,871 individu ditahan dalam Op Dadu Khas bertujuan membanteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen yang dijalankan di seluruh negara pada 22 Sept hingga 5 Okt lepas.
Raih RM13 juta, sindiket judi dalam talian tumpas, tujuh ditahan
Serbuan yang dilakukan pada 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.